Tuesday, 4 August 2015

KARIPAP

kuih pertama yg mama belajar slps kahwin dgn ayah dulu ialah karipap..biasa la lepas kahwin macam2 menu nak try..merajinkan diri..haha..walaupun sebelum kahwin xpandai msk..lepas kahwin kena la belajar slow2..Alhamdulillah dapat ayah yg memahami..dia support apa yang mama buat..

anak2 mama pun memang suka karipap..sebab tu bila sekali buat kena banyak sebab akan ada tukang perabih..abg long memang rajin law bab tolong mama buat kuih...

ASSISTANT MAMA

abg ngah & adik khusyuk tgk kartun..




KARIPAP by : dapur mama

bahan2 doh :
1/2 kg tepung gandum
5 sudu besar margerine
1/2 cawan air

cara2 :
1) uli tepung + margerine sampai sebati.
2) kemudian masukkan air sikit2
3) uli sampai tidak melekat di tangan

bahan2 inti :
1/2 kg kentang @ keledek ( mama guna keledek )
2sudu besar rempah kari ( kalau tak nak pedas boleh kurangkan )
2 ulas bawang merah ( mayang )
3'4 helai daun kari ( ikut suka..tak letak pun tak pe )
1 sudu besar udang geragau ( boleh letak ayam/daging )
garam & gula secukup rasa
air

cara2 :
1) tumis bawang hingga naik bau
2) masukkan rempah kari & daun kari..tumis sampai naik bau
3) masukkan kentang,air & udang geragau.masak sampai empuk
4) masukkan garam & gula secukup rasa ( mama suke manis so lebihkan gula )

TIPS !!!

* kadang2 bila buat karipap tempat kelim tu xmelekat jika guna acuan..so letakkan air sikit kat situ supaya kelim tu cantik melekat
* goreng guna api sederhana & sentiasa balik2kan supaya xhangit ye...hihi
* kalau buat banyak malas nk goreng semua boleh grg sekejap dlm 2minit kemudian toskan & blh simpan dlm freeze..




No comments:

Post a Comment